Ketahui Dan Fahami Bisnes Model Dalam Bisnes Online

 
Dalam dunia bisnes online atau perniagaan Internet, anda akan temui berbagai-bagai cara, teknik atau strategi yang boleh menjana pendapatan.

Pada awal penglibatan saya dalan dunia bisnes online pada tahun 2005, perkara ini cukup memeningkan kepala saya. Semuanya nampak menarik dan semuanya saya hendak cuba lakukan. Rambang mata dibuatnya – dan tidak kurang juga rasa tamak!

Ianya berlarutan selama beberapa tahun sehinggalah salah seorang guru saya telah memberikan nasihat yang telah mengubah fahaman bisnes online saya.

Katanya, “fokuslah kepada hanya 1 atau 2 bisnes model sahaja terlebih dahulu. Apabila bisnes model ini telah berjaya menjana pendapatan secara konsisten, ulang bisnes model ini sebanyak mungkin. Selepas itu, barulah boleh mencuba mengembangkan bisnes online dengan bisnes model yang lain pula.”

Katanya lagi, “jika bisnes model ke 2 yang dicuba itu gagal, masih ada bisnes model nombor 1 yang dapat menjana pendapatan.”

Tegas guru saya lagi, “elakkan melompat-lompat bisnes model. Nanti tenaga, masa dan modal akan terbuang sia-sia. Nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula akan berciciran!”
 
 
Bila disebut tentang bisnes model bagi bisnes online, Marc Ostrofsky – seorang ushawan Internet yang berjaya menghasilkan pendapatan USD75 juta setahun – mengatakan bahawa terdapat 7 bisnes model yang anda boleh pilih dan fokuskan dalam membina bisnes online anda.
 
 

Bisnes Model:

 

1. Anda cipta atau membuat produk anda sendiri, dan anda sendiri yang menjualnya terus kepada pengguna.

2. Anda cipta atau membuat produk atau anda sendiri. Gunakan khidmat pihak ketiga (reseller atau ejen) untuk menjualnya. Dan pihak ketiga yang akan melengkapkan order atau membuat penghantaran.

3. Anda cipta atau membuat produk anda sendiri. Gunakan khidmat pihak ketiga (reseller atau ejen) untuk menjualnya. Dan anda sendiri yang melengkapkan order atau membuat penghantaran.

4. Anda membeli produk orang lain, dan anda sendiri yang akan menjualnya terus kepada pengguna.

Salah satu contoh terbaik untuk anda adalah anda dapatkan supply barangan jualan dengan kos yang cukup rendah dengan memborong sendiri di China, Vietnam atau Indonesia.

Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai modal dan masa yang terhad, anda boleh memborong secara terus tanpa anda perlu keluar dari rumah dengan memborong melalui laman web borong online China Tao Bao atau di  laman web borong online 1688.

Setelah mendapat supply barangan, anda pasarkan sendiri di kedai online anda, di sosial media atau di marketrplaces seperti Lelong.my, Mudah.my, eBay.com.my atau buka store online di Shopee 

5. Anda membeli produk orang lain, jualkannya kepada pihak ketiga (reseller atau ejen) untuk dijual kepada pengguna.

6. Anda menjual produk orang lain tanpa membelinya terlebih dahulu. Anda kutip bayaran tetapi tuan punya produk yang akan melengkap order atau membuat penghantaran.

7. Anda menjual produk orang lain tanpa membelinya terlebih dahulu. Tuan punya produk akan mengutip bayaran dan melengkapkan order atau membuat penghantaran (dropship atau affiliate).
 
 
Kelihatannya ada banyak pilihan bisnes model dalam bisnes online ini, kan?

Tetapi jangan lupa untuk membuat pilihan yang sesuai dengan keupayaan tenaga, sumber, masa dan wang anda!
 
 

Shares